Kambing Masala

Kambing Masala

Bahan-bahan:

  • Kambing – ½ kg
  • Bawang merah – 20 gram
  • Bawang putih – 20 gram
  • Halia – 1 inci
  • Serai – 2 batang
  • Serbuk cili – 30 gram
  • Serbuk kunyit – 1 sudu
  • Jintan manis – 10 gram
  • Jintan putih – 10 gram
  • Susu cair – 5 sudu besar
  • Serbuk perasa ayam –  secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Rebus daging kambing sehingga empuk sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak sebelum menumis bawang putih, bawang merah, halia dan serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, jintan manis serta jintan putih dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan sedikit air, serbuk perasa ayam, garam, gula dan daging kambing yang telah direbus.
  5. Masukkan susu cair dan gaulkan semua bahan sehingga sebati.
  6. Biarkan seketika hingga masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!