Jom sertai ‘Perak Century Ride Gold Edition 2019’

Perak Century Ride Gold Edition 2019

Perak Century Ride Gold Edition 2019 bakal diadakan pada 30 Jun 2019 bersempena dengan program tahunan ke-5 dalam kalendar pelancongan negeri Perak.

Acara anjuran Kelab Rekreasi Berbasikal Le Velo Perak ini merupakan acara berbasikal dengan jarak 160 kilometer.

Matlamat program ini diadakan adalah untuk memupuk aktiviti sukan berbasikal, santai, rekreasi dan pelancongan selain mempromosikan program pelancongan di negeri Perak.

Tarikh tutup penyertaan untuk menyertai program berbasikal ini adalah pada 30 Mei 2019, dengan yuran penyertaan sebanyak RM160 sahaja untuk warganegara Malaysia melalui laman sesawang ticket2u.com.my.

Setiap penyertaan akan mendapat jersi khas ‘Perak Century Ride Gold Edition 2019‘.
Mereka yang menghabiskan saingan pada kedudukan ke-8, 88, 888, 916 & 999 bakal mendapat ‘gold bar‘ edisi khas.

Layari laman Facebook @perakcenturyride2019 untuk maklumat lanjut.

Sumber gambar: Facebook @perakcenturyride2019

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!