Jom meriahkan sambutan ‘Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah’

Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah

Sebagai sebuah bandaraya paling bersejarah di Malaysia, melawat Kota Melaka boleh dikatakan sama seperti perjalanan ‘kembali ke masa silam’ untuk menyaksikan campuran seni bina, budaya dan bandar yang mencerminkan pengaruh bandar-bandar bersejarah jajahan Inggeris, Portugis dan Belanda.

Tanggal 15 April merupakan tarikh Melaka dideklarasikan sebagai Bandaraya Bersejarah. 

Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah ini turut diiktiraf oleh Pertubuhan, Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Bandar Warisan Dunia.

Sambutan Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah

Majlis sambutan ‘Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah’ ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.

Pada 14 April 2019 menjelang perayaan tersebut, akan diadakan persembahan orkestra dari artis-artis tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Datuk Ramli Sarip, Man Kidal, Winnie K, Sasi The Don dan Alif Satar. Malah Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Yaakob akan turut hadir untuk merasmikan sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah.

Semasa sambutan yang berlangsung selama sebulan, pelbagai lagi aktiviti lain yang akan diadakan termasuk Pertandingan V-log Melaka, Melaka City Fun Ride, Run & Walk 2019 dan Fiesta Mural 2019.

Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah

Ulang Tahun ke-16 Melaka Bandaraya Bersejarah

Manakala pada 27 April 2019, karnival yang diberi nama “Sejahterakan Bandarayaku” akan diadakan di Kampung Attap di mana masyarakat setempat boleh membangkitkan isu atau masalah mereka kepada Datuk Bandar, pemimpin setempat dan ahli majlis bandar.

Sumber gambar: Malaysia.travel

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!