Jom cari kerja di ‘Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair 2019’

Featured Video Play Icon

Jom cari kerja di Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair 2019 yang menghimpunkan lebih 90 syarikat dan bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 13 dan 14 Julai 2019.

Selain mencari peluang pekerjaan, anda juga boleh boleh mempelajari perkara berkaitan dunia korporat dengan bertemu majikan dari syarikat terkemuka di Malaysia.

Melalui program Aspire 500 Conference pada karnival kerjaya tersebut, anda berpeluang untuk mempelajari perniagaan e-wallets. Antara penceramah yang akan berkongsi pengalaman, kepakaran dan pandangan mengenai perniagaan e-wallets ialah Yeoh Chen Chow (Pengasas bersama, Fave), Remy Khoo (Ketua Inovasi Digital & Strategi, Maybank), Aiza Ahmad (Pengarah Pembangunan Strategik, Boost e-Wallet), Syahrunizam Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif, Touch n’ Go Digital) dan Wong Wai Ken (Pengurus Negara, StashAway).

Manakala menerusi program Aspire+, anda berpeluang untuk mendapatkan sesi eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman dan berjaya seperti Joanne Kua (Ketua Pegawai Eksekutif, KSK Group Berhad), Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz (Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Groups Holdings Berhad) dan Riad Asmat (Ketua Pegawai Eksekutif, AirAsia Berhad). Mungkin peluang ini hanya datang sekali dalam seumur hidup untuk bergaul dalam suasana santai bersama mereka.


Senarai program ‘Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair 2019′

Karnival Kerjaya
Tarikh: 13 & 14 Julai 2019
Lokasi: Exhibition Hall 3-5
Masa: 11 pagi – 6 petang

Aspire 500 Conference
Tarikh: 13 Julai 2019
Lokasi: Plenary Theatre
Masa: 10 pagi – 11 pagi

Aspire+
Tarikh: 13 Julai 2019
Lokasi: Plenary Theatre
Masa: 12 tengah hari – 3 petang

Layari laman sesawang graduan.com/aspire untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Graduan Aspire Career & Postgraduate Fair 2019.

Baca artikel: Bagaimana memilih pekerjaan yang sesuai?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!