Jersi pasukan bola sepak diperbuat daripada buluh

Diperbuat daripada buluh

Pasukan bola sepak dari England, Forest Green Rovers telah memperkenalkan jersi baharu pasukan mereka yang diperbuat daripada buluh pada hari semalam.

Corak yang terdapat pada jersi tersebut juga diinspirasikan daripada corak yang terdapat pada zebra untuk menggambarkan evolusi kepada kelab dengan menggunakan warna hijau dan hitam.

“Kami telah mendapat inspirasi dari alam semula jadi untuk kit baru kami, dengan menggunakan corak jalur zebra serta bahan yang mampan,” kata pengerusi Dale Vince.

“Saya sangat terkejut apabila mengetahui bahawa pakaian sukan moden sebenarnya dibuat daripada plastik, malah saya merasakan ianya salah.”

Diperbuat daripada buluh

Kit di tempat sendiri pasukan Forest Green Rovers akan memaparkan corak zebra berwarna hijau dan hitam, manakala kit di tempat lawan menggunakan paparan corak jalur zebra hitam-hitam.

Untuk mengurangkan penggunaan plastik, jersi pasukan tersebut telah menggunakan 50% campuran yang diperbuat daripada buluh.

Setelah gagal melayakkan tempat ke kejohanan League 1 melalui perlawanan play-offs pada akhir musim lalu, pasukan Forest Green Rovers  bakal memulakan kempen League 2 mereka dengan menentang Oldham Athletic pada 3 Ogos 2019.

Baca artikel: Jadual perlawanan Liga Perdana Inggeris 2019/2020

Sumber gambar: Twitter @FGRFC_Official

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!