Jejari Ikan

Jejari Ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan merah – 500 gram
  • Serbuk roti – 300 gram
  • Telur – 2 biji
  • Tepung jagung – 100 gram
  • Minyak masak – 1 kilogram
  • Bawang besar – 1 labu
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Daun parsli – 20 gram
  • Kuning telur – 3 biji
  • Jus limau – 30 gram
  • Mayonis – 100 gram

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan merah sebelum diambil isinya sahaja dan dipotong secara memanjang.
  2. Lumurkan ikan yang telah siap dipotong dengan tepung jagung.
  3. Celup dengan telur dan lumurkan serbuk roti sehingga rata.
  4. Panaskan minyak masak sebelum menggoreng  bahan tadi sehingga masak dan bewarna keperangan.
  5. Angkat dan asingkan ke tepi setelah siap dimasak.
  6. Hiris bawang besar, bawang putih dan daun daun parsli.
  7. Gaulkan bahan yang telah dihiris bersama kuning telur, jus limau dan mayonis hingga sebati untuk dijadikan sos tartar.
  8. Jejari ikan siap untuk dihidangkan bersama sos tartar.

Baca artikel: Tidak perlu ke Terengganu untuk makan keropok lekor – Rara Lekor

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!