Inilah menu paling ‘awesome’ di FamilyMart

FamilyMart

FamilyMart ialah kedai serbaneka yang berasal dari negara Jepun. Tetapi terdapat beberapa kedai di Jepun yang beroperasi di bawah FamilyMart dengan menggunakan nama ‘Circle K Sunkus’.

Apa yang menarik mengenai FamilyMart ialah mereka memiliki lebih 24,000 cawangan di seluruh dunia termasuk negara Jepun, Taiwan, China, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia serta Malaysia, dan mereka juga merupakan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun, selepas 7-eleven.

Apa yang menjadikan FamilyMart menjadi popular di Malaysia ialah mereka menjual aiskrim lembut dan makanan yang panas dari dapur mereka. Malah mereka turut menjual pelbagai jenis makanan ringan yang berasal dari negara Jepun. Oleh kerana itu, anda wajib mencuba 4 menu berikut di kedai mereka.

1. Oden

Merupakan pilihan paling digemari oleh rakyat Malaysia kerana dihidangkan panas-panas.

2. Aiskrim Lembut

Dijual dengan dua pilihan perisa iaitu French Vanilla dan Matcha.

3. Bento Boxes

Pelbagai pilihan menu Bento Boxes yang boleh dipilih jika mahukan makanan yang berat.

4. Onigiri

Makanan tradisional masyarakat Jepun.

 

Sumber gambar: familymart.com.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!