Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Indra Putra Mahayuddin jaring gol ke-100 dalam pentas Liga Super Malaysia

Indra Putra Mahayuddin sememangnya seorang pemain bertaraf legenda apabila berjaya menjaringkan gol ke-100 peribadinya dalam saingan Liga Super Malaysia.

Walaupun tewas, Indra Putra berjaya membantu pasukan Kuala Lumpur untuk merapatkan jurang gol ketika tewas kepada pasukan PKNS FC.

Indra Putra Mahayuddin jaring gol ke-100

Gol pertama Indra Putra dalam perlawanan Liga Super ialah pada 21 Februari 2004, ketika bersama pasukan Pahang menentang pasukan Sabah.

Malah pada tahun 2004 itu, Indra Putra berjaya memenangi anugerah kasut emas untuk edisi pertama Liga Super Malaysia, dengan 15 gol dalam 21 perlawanan.

 

Rekod penjaring gol terbanyak Liga Super Malaysia

  1. Indra Putra Mahayuddin – 100 gol
  2. Ashari Samsudin – 79 gol
  3. Norshahrul Idlan Talaha – 70 gol
  4. Mohd Amri Yahyah – 66 gol
  5. Marlon Alex James – 59 gol
  6. Francis Forkey Doe – 58 gol
  7. Baddrol Bakhtiar – 57 gol
  8. Mandjou Keita – 53 gol
  9. Fadzli Shaari – 53 gol
  10. Phillimon Chepita – 52 gol
  11. Safee Sali – 52 gol

Sumber gambar: Facebook @klfaofficial & Twitter @MFL_Live

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!