Ikan Tenggiri Masak Lemak

Ikan Tenggiri Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri – 1 kilogram
  • Santan – ½ kilogram
  • Cili padi – 150 gram
  • Bawang merah – 200 gram
  • Bawang putih – 100 gram
  • Daun kunyit – 5 gram
  • Serai – 3 batang
  • Asam gelugur – 10 gram
  • Stok ayam – 15 gram
  • Cili merah – 10 gram
  • Cili hijau – 10 gram
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan daun kunyit sehingga halus.
  2. Panaskan santan sebelum memasukkan serai yang telah diketuk.
  3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang dikisar tadi.
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga santan mendidih.
  5. Masukkan stok ayam, ikan tenggiri dan asam gelugur.
  6. Perlahankan api dan kacau hingga semua bahan sebati.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Masukkan cili hijau dan cili merah yang telah dibelah dua.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!