Ikan Siakap Stim Limau

Ikan Siakap Stim Limau

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap – 1 ekor
  • Akar saderi – 1 batang
  • Bawang putih – 15 ulas
  • Cili padi – 15 tangkai
  • Bawang besar – 2 labu
  • Jus limau nipis – 5 biji
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Gula – 1 sudu besar
  • Garam – 1 sudu teh
  • Air panas – 5 sudu besar
  • Daun saderi – 1 tangkai

Cara menyediakan:

  1. Kukus ikan sehingga masak sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Hiris akar saderi, bawang putih, cili padi dan bawang besar sehingga nipis.
  3. Campurkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi bersama jus limau nipis, sos ikan. gula, garam dan air panas.
  4. Gaulkan semua bahan hingga sebati sebelum dituangkan ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
  5. Taburkan hirisan limau bersama daun saderi ke atas ikan.
  6. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!