Ikan Parang Masak Pindang

Ikan Parang Masak Pindang

Bahan-bahan:

  • Ikan parang – 3 keping
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Cili hijau – 2 tangkai
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 3 ulas
  • Halia – 2 cm
  • Kunyit hidup – 1 cm
  • Cili padi – 5 tangkai
  • Belacan – secukup rasa
  • Air asam jawa – secukup rasa
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili padi dan belacan.
  2. Tumis semua bahan yang telah dikisar hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Masukkan cili merah dan cili hijau yang telah dihiris.
  6. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!