Ikan Masin Masak Lemak Nanas

Ikan Masin Masak Lemak Nanas

Bahan-bahan:

  • Nanas – 1 biji
  • Ikan masin talang – 150 gram
  • Cili padi – 15 tangkai
  • Bawang merah – 6 ulas
  • Kunyit hidup – 1 inci
  • Daun kunyit – 1 helai
  • Serai – 2 batang
  • Santan – 2 cawan
  • Asam gelugur – 2 keping
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Potong nanas kepada bahagian kecil.
  2. Potong ikan masin mengikut saiz yang dikehendaki.
  3. Racik halus daun kunyit manakala serai diketuk.
  4. Kisar cili padi, bawang merah dan kunyit hidup bersama sedikit air sehingga halus.
  5. Masukkan nanas, ikan masin, bahan kisar, daun kunyit, serai, santan dan asam gelugur ke dalam periuk.
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan gula setelah nanas hampir masak.
  8. Gaul semua bahan sehingga sebati dan biarkan seketika.
  9. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!