Ikan Kukus Siew Pak Choy

Ikan Kukus Siew Pak Choy

Bahan-bahan:

  • Ikan garupa – 1 ekor
  • Halia – 20 gram
  • Daun bawang – 4 tangkai
  • Bawang merah – 6 ulas
  • Garam – secukup rasa
  • Lada sulah – secukup rasa
  • Siew pak choy – 200 gram
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Minyak masak – 2 sudu
  • Minyak bijan – ½ sudu teh
  • Kicap manis – 2 sudu besar
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kukus ikan bersama halia yang telah dihiris halus serta daun bawang, bawang merah, garam dan lada sulah.
  2. Asingkan bahan kukus ke tepi setelah siap dimasak.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dihiris halus sehingga kekuningan sebelum diasingkan ke tepi.
  4. Masukkan sayur ke dalam kuali dan goreng hingga masak.
  5. Masukkan kicap dan minyak bijan ke dalam kuali.
  6. Hidangkan sayur ke dalam pinggan sebelum diletakkan ikan ke atasnya.
  7. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!