Ikan Kembung Kukus Pucuk Paku

Ikan Kembung Kukus Pucuk Paku

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung – 1 ekor
  • Pucuk paku – segenggam
  • Lengkuas – 3 cm
  • Bawang putih – 4 ulas
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Cili merah – 2 tangkai
  • Halia – 2 cm
  • Ketumbar – 1 sudu
  • Belacan – 1 cm
  • Asam gelugur – 4 keping
  • Daun kesum – secukupnya
  • Air – 4 cawan
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Serbuk perasa – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan ikan kembung dengan menggunakan asam gelugur untuk menghilangkan bau hanyir.
  2. Ratakan garam, gula dan serbuk perasa ke atas ikan.
  3. Masukkan air dan ikan ke dalam periuk untuk dikukus.
  4. Ketuk ketumbar manakala bawang putih dan bawang merah dimayang sebelum dimasukkan.
  5. Hiris lengkuas, cili merah dan halia sebelum dimasukkan sekali bersama belacan dan daun kesum.
  6. Masukkan pucuk paku apabila ikan telah masak.
  7. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!