Hasilkan filem pendek dan menangi hadiah bernilai RM100,000

Hasilkan filem pendek dan menangi hadiah

Buat pertama kalinya, Panasonic Malaysia bakal menganjurkan festival filem untuk memberi peluang kepada penggiat filem meneroka dan mengekspresikan kreativiti mereka.

Satu pertandingan filem pendek akan diadakan untuk mereka yang berminat untuk berkongsi idea mereka kepada seluruh dunia.

Pemenang utama pertandingan filem pendek ini akan memenangi wang tunai bernilai RM20,000 beserta kontrak bernilai RM50,000 bersama Panasonic, Kamera Lensa Panasonic Lumix S DC-S1MGA-K bernilai RM15,999 dan televisyen Panasonic 65 “OLED bernilai RM15,999.

Manakala tempat kedua bakal memenangi hadiah bernilai RM4,599 dan tempat ketiga memenangi hadiah bernilai RM1,635. Tujuh lagi pemenang saguhati yang lain pula bakal memenangi hadiah bernilai RM699.

Hasilkan filem pendek dan menangi hadiah

Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut:

  1. Isi borang penyertaan dengan lengkap di laman sesawang vieratv.my.panasonic.com/filmfest2019.
  2. Video filem pendek – Tempoh video tidak melebihi 10 minit. (termasuk tajuk dan kredit)
  3. Poster filem pendek – Saiz fail poster filem sekurang-kurangnya 1MB dalam format JPEG atau PDF.
  4. Jumlah maksimum penyertaan untuk setiap individu adalah satu (1).
  5. Semua aspek penyertaan mestilah dari idea asal peserta sendiri.
  6. Jika tidak menggunakan bahasa Inggeris, anda harus sertakan sari kata bahasa Inggeris dalam video.
  7. Setiap penyertaan mesti dimuat naik di saluran YouTube (dilabel sebagai “Unlisted“) dan dihantar melalui vieratv.my.panasonic.com/filmfest2019 dengan kualiti video 4K (3840 x 2160p).
  8. Para peserta dengan penyertaan yang telah disenarai pendek akan dikehendaki menghadiri Majlis Anugerah di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya pada Ogos 2019 untuk menerima hadiah-hadiah mereka.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Jun 2019 iaitu jam 11.59 malam.

Malah pihak Panasonic Malaysia juga berhak untuk menolak atau membatalkan sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat untuk tayangan awam.

Layari laman sesawang vieratv.my.panasonic.com/filmfest2019 untuk maklumat lanjut berkaitan pertandingan filem pendek ini.

Jom hasilkan filem pendek dan menangi hadiah bernilai RM100,000!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!