Hapuskan masalah mulut berbau yang memalukan

Masalah mulut berbau

Memiliki masalah mulut berbau memang memalukan. Tetapi apakah puncanya dan apakah yang mampu kita lakukan untuk mengatasi masalah tersebut?

Walaupun anda tidak mengalami masalah tersebut secara kritikal, tetapi anda pasti pernah mengalaminya walaupun tidak kerap. Ia adalah disebabkan bagaimana cara kita menjaga kebersihan mulut dan apa yang kita makan kerana keduanya akan memberi kesan terhadap bau pada mulut kita.

Berikut disenaraikan cara-cara untuk mengatasi masalah mulut berbau.

Kunyah daun herba segar
Mengunyah daun herba yang segar boleh membantu untuk menghilangkan bau. Hanya mengunyah daun pokok pasli, basil, pudina, rosemary, thyme atau cilantro untuk beberapa minit untuk membantu meneutralkan bau yang tidak menyenangkan itu.

Probiotik
Nafas berbau mungkin bermula dari mulut. Namun terdapat beberapa kes yang bermula dari saluran pencernaan. Dapatkan probiotik untuk meningkatkan kesihatan usus dan menghalang mulut berbau. Antara makanan yang makanan yang kaya dengan probiotik ialah seperti yogurt dan kimchee. Manakala suplemen probiotik boleh dijadikan sebagai pilihan yang mudah untuk mendapatkannya.

Minum Apple Cider Vinegar
Apple Cider Vinegar memang bagus untuk menghapuskan masalah mulut berbau kerana ia dapat membantu proses pencernaan. Malah ia turut memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menhapuskan masalah bakteria yang terdapat dalam mulut dan di celahan gigi anda. Tetapi jika anda tidak gemar meminumnya, mungkin anda boleh menggunakan Apple Cider Vinegar untuk berkumur.

Kekal berhidrasi
Mulut akan menjadi kering jika anda tidak mendapatkan bekalan air yang mencukupi. Malah mulut yang kering merupakan tempat yang sesuai untuk bakteria merebak sehingga menghasilkan bau. Dapatkan minuman yang kaya dengan vitamin C seperti oren dan strawberi mampu mengurangkan masalah bakteria pada mulut.

Waktu makan
Meninggalkan waktu makan atau berpuasa mampu menyumbang kepada masalah mulut berbau. Kegagalan untuk makan pada waktu yang sepatutnya akan menyebabkan usus anda berkerja secara berlebihan, dan kandungan asid dalam perut akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu, jangan meninggalkan waktu makan supaya tubuh anda mendapat bekalan makanan dan minuman yang mencukupi.

Kunyah makanan berserat
Mengunyah buah-buahan seperti epal dan lobak merak mampu menjadikan mulut anda lebih sihat. Ia kerana serat yang terdapat pada buah-buahan tersebut dapat menyingkirkan plak yang melekat pada gigi anda. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan pengeluaran air liur untuk mengelakkan mulut kering.

Gosok lidah
Menggosok lidah juga mampu mencegah masalah mulut berbau. Sel-sel kulit mati, bakteria dan kotoran lain yang terdapat pada lidah dan boleh menyumbang kepada masalah mulut berbau boleh disingkirkan dengan hanya menggosok lidah.

Gosok gigi
Menggosok gigi merupakan perkara paling asas dalam penjagaan mulut. Tiada cara lain yang lebih bagus selain menggosok gigi pada setiap hari untuk menghapuskan plak dan bakteria dari mulut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!