Gunakan buah pelaga untuk atasi masalah angin dalam badan

Buah pelaga untuk atasi masalah angin

Buah pelaga sering digunakan dalam masakan, tetapi tahukah anda khasiat yang terdapat padanya?

Ia biasanya digunakan untuk menambah rasa dan menghasilkan bau yang menyelerakan dalam masakan seperti sup, kari, masak kicap dan sebagainya.

Selain digunakan dalam masakan, ia juga sedap jika dicampurkan 2-3 biji buah pelaga ke dalam minuman panas seperti air teh.

Rasanya pula agak sedikit pedas, tetapi akan menghasilkan rasa dingin pada lidah jika ia digigit atau dikunyah.

Baca artikel: Jangan tahan kentut jika mahu sihat

Kandungan enzim antioksida yang terdapat padanya pula mampu untuk mengawal kolestrol dalam darah dan secara tidak langsung dapat membantu untuk menjaga kesihatan jantung.

Manakala kandungan metanol pada buah pelaga ini boleh berfungsi untuk mengatasi masalah angin dalam badan seperti penyakit kembung, asid berlebihan atau kekejangan pada perut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!