Gulai Lemak Labu

Gulai Lemak Labu

Bahan-bahan:

  • Labu – 500 gram
  • Bawang besar – 2 biji
  • Cili padi – 15 tangkai
  • Kunyit – 2 cm
  • Serai – 2 batang
  • Kelapa – 1 biji
  • Ikan bilis – 50 gram
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kisar cili padi dan kunyit sehingga halus manakala bawang besar dimayang sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Parut isi kelapa untuk menghasilkan santan.
  3. Bersihkan labu sebelum dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
  4. Masukkan labu yang telah dipotong tadi ke dalam periuk bersama bahan kisar, ikan bilis dan serai yang telah diketuk.
  5. Masukkan santan dan kacau sehingga semua bahan sebati.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Biarkan masak selama kira-kira 30 minit sehingga labu menjadi empuk.
  8. Gulai Lemak Labu siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Kenapa ‘kaki kencing’ harus makan labu?

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!