Gulai Kambing

Gulai Kambing

Bahan-bahan:

  • Daging kambing – 300 gram
  • Bawang merah – 100 gram
  • Bawang putih – 20 gram
  • Halia – 50 gram
  • Cili boh – 150 gram
  • Rempah kari – 150 gram
  • Daun kari – 10 gram
  • Santan – 1 liter
  • Minyak masak – secukupnya
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Potong daging kambing mengikut saiz yang dikehendaki sebelum direbus hingga masak.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  3. Panaskan minyak masak sebelum menumis bahan kisar tadi hingga naik bau.
  4. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga rata.
  5. Masukkan kambing yang telah direbus tadi.
  6. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan hingga masak.
  7. Masukkan garam dan kacau semua bahan hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!