Grilled Lamb Chop

Bahan-bahan:

  • Tulang rusuk kambing – 2 ketul
  • Serbuk lada putih – 2 gram
  • Garam – 6gram
  • Minyak zaitun – 1 sudu besar
  • Cili jeruk – 4 keping
  • Sos bawang putih – 50 gram
  • Bawang besar – 1 labu
  • Tomato – 1 biji
  • Daun parsli – 2 batang
  • Lada benggala – 1 biji

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan tulang rusuk kambing dengan serbuk lada putih, garam dan minyak zaitun.
  2. Masukkan tulang rusuk yang telah siap digaul ke dalam peti sejuk dan biarkan diperap selama enam jam.
  3. Bakar tulang rusuk kambing yang telah siap diperap sehingga masak.
  4. Hiaskan bawang besar dan tomato yang telah dibakar bersama lada benggala, sos bawang putih, cili jeruk serta daun parsli.
  5. Grilled Lamb Chop siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!