Fungsi lain pengering rambut yang tidak diketahui

Fungsi lain pengering rambut

Boleh dikatakan hampir setiap rumah yang didiami oleh golongan wanita memiliki pengering rambut. Ia kerana rambut umpama mahkota bagi wanita dan perlu dijaga dengan rapi.

Banyak lagi fungsi lain pengering rambut yang tidak diketahui, selain digunakan untuk mengering rambut.

Berikut disenaraikan beberapa perkara yang boleh dilakukan dengan menggunakan pengering rambut.

Menanggalkan pelekat – Panaskan pelekat dengan menggunakan pengering rambut dan gam pada pelekat tersebut akan menjadi lebih mudah untuk ditanggalkan.

Kesan lilin – Kadangkala kesan lilin yang ditinggalkan kering akan menjadi agak sukar untuk dibersihkan. Cairkan kesan lilin tersebut menggunakan pengering rambut sebelum dilap menggunakan kain.

Krayon – Tidak perlu risau lagi jika memiliki anak-anak yang suka menconteng dinding menggunakan krayon. Panaskan kesan krayon tersebut menggunakan pengering rambut dan kemudian lap ia menggunakan kain. Ia kerana krayon juga diperbuat menggunakan lilin.

Habuk – Gunakan pengering rambut menggunakan suhu paling rendah untuk meniup habuk pada permukaan yang sukar menggunakan vakum seperti di atas rak yang penuh dengan banyak barang. Setelah habuk tersebut jatuh ke permukaan lantai barulah anda boleh menggunakan vakum dengan mudah.

Mengeringkan pakaian – Tiada siapa yang suka memakai pakaian yang basah. Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan pakaian yang kecil seperti pakaian dalam dan stokin.

Hilangkan kedutan pada pakaian – Hanya sembur sedikit air pada pakain yang berkedut dan seterusnya berikan haba yang panas pada bahagian kedutan tersebut dan lihat bagaimana kesan kedutan tersebut hilang.

Memanaskan makanan – Fungsi lain pengering rambut yang paling berguna terutamanya ketika berada di hotel yang tiada ketuhar gelombang mikro. Makanan yang telah sejuk juga boleh dipanaskan hanya dengan menggunakan pengering rambut.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!