Frankenkitten hanya miliki satu mata dan empat telinga

Frankenkitten

Frankenkitten atau Frankie memang berbeza jika dibandingkan dengan kucing-kucing yang lain. Frankie ini memiliki empat telinga, manakala sebiji matanya terpaksa dibuang.

Si comel ini telah mengharungi pelbagai cabaran dalam hidupnya yang tak dapat kita bayangkan.

Frankie sebelum ini pernah dimasukkan ke rumah perlindungan haiwan dengan masih memiliki dua biji mata setelah ditemui. Namun mata sebelah kanannya telah pecah dan terpaksa dibuang.

Frankenkitten
Wajah Frankenkitten sebelum mata kanannya dibuang.

Frankenkitten

Selain itu, penglihatan malam Frankie juga tidak berapa bagus jika dibandingkan dengan kucing-kucing yang lain.

Frankie kini telah diambil sebagai haiwan peliharaan oleh Georgi Anderson pada setahun yang lepas.

Aksi manja Frankenkitten bersama Georgi Anderson.

Keluarga angkatnya ini sentiasa memberikan belaian dan kasih sayang supaya Frankie berasa selamat dan bahagia.

“Kucing yang berusia satu tahun lebih ini memang sangat comel dan nakal,” kata Anderson.

“Dia unik, dia penyayang.”

Kehidupan Frankie ini juga memang sangat menarik untuk diikuti. Seekor haiwan yang penyayang dan comel dengan gaya yang tersendiri. Frankie dan keluarga angkatnya memang bertuah kerana dapat saling bertemu.

Sumber: Facebook @frankenkitten

Baca artikel: 4 cara mudah untuk menghalau lipas

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!