Fettucine Al-Fredo

Fettucine Al-Fredo

Bahan-bahan:

  • Fettucine – 100 gram
  • Cendawan hitam – 2 biji
  • Isi ayam – 50 gram
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Sos keju – 20 ml
  • Air – 20 ml
  • Italian herbs – ½ sudu kecil

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

Cara menyediakan:

  1. Rebus fettucine sehingga lembut dan kemudian ditus airnya.
  2. Cincang isi ayam mengikut saiz yang dikehendaki sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Untuk sos, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan isi ayam, sos keju dan air bersama cendawan hitam yang telah direndam.
  5. Biarkan sehingga mendidih dan padamkan api.
  6. Tuangkan sos tersebut ke atas fettucine yang telah dituskan tadi.
  7. Taburkan serbuk Italian herbs untuk menaikkan aroma.
  8. Fettucine Al-Fredo siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!