Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang 2019 bagaikan ‘syurga makanan’!

Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang 2019

Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai PIFF (Penang International Food Festival) merupakan acara tahunan untuk mempromosikan Pulau Pinang sebagai “syurga makanan di Asia”.

Dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang, festival yang dimulakan pada tahun 2017 ini telah berjaya menarik kunjungan seramai 400,000 pencinta makanan.

Pada tahun ini, Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang 2019 bakal bermula pada tarikh 13 April 2019 sehingga 28 April 2019.

Dengan tiga acara utama sepanjang festival tersebut, iaitu Street Food Festival (13-14 April 2019), Taste of Penang (20-21 April 2019) dan Penang Seafood Galore (27-28 April 2019) pasti akan menarik lebih ramai pencinta makanan.

Baca artikel: Dewakan: 50 Restoran Terbaik Asia 2019!

Selain itu, beberapa festival mini seperti Kopi ‘O’ (15 April 2019), Mini Curry Festival (16 April 2019), RM2 Mini Food Festival (17 April 2019), Gertak Sanggul Food Truck Rally (18 April 2019) dan Mini Barbecue Feast (19 April 2019) akan turut diadakan untuk memeriahkan festival selama 16 hari tersebut.

Layari laman sesawang piff.com.my untuk maklumat lanjut, kerana terdapat beberapa hotel yang terlibat dengan membuat promosi istimewa sepanjang Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang 2019.

Lokasi: Pulau Pinang
Tarikh: 13 April 2019 – 28 April 2019

Sumber: piff.com.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!