Festival durian di Genting bermula Mei hingga September 2019

Festival Durian Genting 2019

Berita baik bagi penggemar durian kerana anda boleh menikmati durian pada aras ketinggian 6,000 kaki dari paras laut sempena ‘Festival Durian Genting 2019’ yang bakal dianjurkan.

Pelbagai jenis durian yang boleh anda nikmati di sana seperti Musang King, D24, X.O, Tekka dan Udang Merah. Malah anda juga boleh menikmati pelbagai produk makanan lain yang berasaskan durian seperti cendol musang king, aiskrim durian dan kopi durian.

Selain buah durian, anda juga boleh mendapatkan buah-buahan lain pada festival tersebut seperti buah manggis dan rambutan.

Festival Durian Genting 2019

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan festival durian yang bakal bermula pada 25 Mei 2019 hingga 16 September 2019.

Layari laman sesawang rwgenting.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai festival durian ini.

Tarikh: 25 Mei 2019 – 16 September 2019
Masa: 12 tengah hari – 10 malam
Lokasi: Genting Grand Outdoor Car Park, Aras 16 (GG Boulevard)

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!