Fernando Torres mengumumkan persaraan melalui Twitter

Fernando Torres mengumumkan persaraan

Bekas bintang Liverpool dan Chelsea, Fernando Torres mengumumkan persaraan melalui laman media sosial Twitter.

Fernando Torres yang kini berusia 35 tahun, bermain untuk pasukan Sagan Tosu di Jepun, turut mengumumkan satu sidang media khas berkaitan persaraan beliau akan diadakan di Tokyo pada 23 Jun 2019.

 

Pemain yang memulakan karier bersama pasukan Atlético Madrid ini dianggap sebagai pemain berstatus legenda kerana banyak kejayaan yang pernah dikecapinya sebagai pemain.

 

Torres juga pernah memecahkan rekod perpindahan pemain di Britain dengan harga £50 juta, ketika berpindah ke Chelsea dari Liverpool pada Januari 2011. Rekod perpindahan itu turut menjadikan dirinya sebagai pemain kelahiran Sepanyol paling mahal.

 

Rekod karier Fernando Torres
● Atlético Madrid (2001-2007)
● Liverpool (2007-2011)
● Chelsea (2011-2015)
● AC Milan – dipinjamkan (2014-2015)
● AC Milan (2015-2016)
● Atlético Madrid – dipinjamkan (2015-2016)
● Atlético Madrid (2016-2018)
● Sagan Tosu (2018-2019)

Rekod kejuaraan Fernando Torres
● Liga Segunda – Atlético Madrid (2001-2002)
● Piala FA England – Chelsea (2011-2012)
● Piala UEFA Champions League – Chelsea (2011-2012)
● Piala UEFA Europa League – Chelsea (2012-2013)
● Piala UEFA Europa League – Atlético Madrid (2017-2018)

Rekod kejuaraan bersama Sepanyol
● Kejohanan Eropah UEFA – 2008 & 2012
● Piala Dunia FIFA – 2010

Sumber gambar: Instagram @fernandotorres

Baca artikel: Datuk Lee Chong Wei umum persaraan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!