FAS Ladies Night di Stadium Shah Alam malam ini!

FAS Ladies Night

Berita baik untuk penyokong pasukan Red Giants! FA Selangor akan mengadakan ‘FAS Ladies Night‘ di Stadium Shah Alam malam ini bagi membolehkan penyokong wanita masuk secara percuma untuk menyaksikan perlawanan Shopee Piala FA pusingan ketiga, Selangor menentang Felda United.

FAS Ladies Night” atau “Malam Beli Jiwa” ini merupakan inisiatif yang dilakukan oleh FA Selangor untuk menarik lebih ramai golongan peminat wanita untuk menyaksikan perlawanan pasukan Selangor di stadium.

Namun tetap ada syarat yang perlu anda lakukan bagi membolehkan anda memasuki stadium secara percuma.

Pertama, anda perlu memuat naik gambar anda di Instagram, Facebook atau Twitter dan tag @faselangormy beserta dengan hashtag #FASBeliJiwa.

Seterusnya anda hanya perlu menunjukkan bukti bahawa gambar anda telah dimuat naik ke laman media sosial kepada petugas yang memeriksa, sebelum anda dibenarkan masuk ke dalam stadium.

FAS Ladies Night

Selain itu, FA Selangor  juga akan memberikan jersi secara percuma khas untuk para penyokong wanita yang yang bergambar dan memuat naik gambar tersebut ke laman media sosial (Facebook, Twitter atau Instagram) ketika menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam sempena perlawanan Selangor menentang Felda United pada malam ini.

FAS Ladies Night
Oleh itu, jangan lepaskan peluang ke Stadium Shah Alam malam ini untuk menyaksikan perlawanan Selangor menentang Felda United secara percuma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FA Selangor (@faselangormy) on

 

Bangkitkan semangatmu, ku seru!

#RedGiants #KitaAdalahSatu #FASBeliJiwa

Sumber gambar: Instagram @faselangormy

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!