Donald Trump hentikan kemasukan pelancong dari Eropah ke Amerika Syarikat

Trump hentikan kemasukan pelancong dari Eropah

Donald Trump hentikan kemasukan pelancong dari Eropah ke Amerika Syarikat dalam usaha mengurangkan krisis jangkitan koronavirus.

Arahan terbaru itu hanya akan mula berkuat kuasa mulai tengah malam pada hari Jumaat menurut Trump sambil mengkritik Kesatuan Eropah kerana membiarkan virus itu terus merebak.

“Kesatuan Eropah gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang sama (seperti Amerika Syarikat) dengan mengehadkan perjalanan dari China dan kawasan panas lain. Akibatnya, sebilangan besar mangsa jangkitan terbaru di Amerika Syarikat diakibatkan oleh pelancong dari Eropah.” – Donald Trump

Menurutnya lagi, arahan ini dikeluarkan selepas berunding dengan pegawai kesihatan kerajaan sebelum mengeluarkan arahan tersebut. Untuk menghentikan sebarang kemasukan kes baharu, semua perjalanan dari Eropah ke Amerika Syarikat akan dihentikan selama 30 hari.

Sekatan tersebut juga akan dilakukan kepada semua warga Amerika Syarikat yang kini sedang berada di Eropah dan tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan.

Baca artikel: Pencemaran udara di China semakin berkurangan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!