Doa Dari Kami – Bunyamin

Featured Video Play Icon

Bila malam pun tak tahu letih. Suruh tidur dia buat tak reti..

Itulah antara lirik yang disampaikan oleh artis berkumpulan baharu yang menggelarkan diri mereka sebagai Bunyamin menerusi lagu ‘Doa Dari Kami’.

Kumpulan yang dianggotai oleh Latt (vokal), Zam (gitar), Dinie (gitar), Emil (bass) dan Eran (drum) pernah bertindak sebagai anggota band indie bersama kumpulan masing-masing. Namun kini mereka sudah bersedia untuk memulakan langkah sebagai artis mainstream dalam industri hiburan tempatan.

Lagu ‘Doa Dari Kami’ ciptaan Ahmad F dan mendapat sentuhan Oja ini memberikan peluang untuk kumpulan Bunyamin mempamerkan kebolehan masing-masing.

Pihak Nova Music (M) Sdn. Bhd. pula yakin hasil karya pertama kumpulan Bunyamin ini mempunyai potensi besar untuk diterima oleh peminat muzik tanah air.

Video lirik ‘Doa Dari Kami’ ini boleh di tonton menerusi saluran Youtube Nova Music Videos.

Lirik lagu ini menceritakan perasaan ibu bapa terhadap anak-anak kesayangan mereka.
 

Ikuti akaun Instagram bunyamin_band untuk mengetahui perkembangan terbaru mereka.


Lirik lagu ‘Doa Dari Kami’

Kecil-kecil dah pandai mengaji
Alif Ba Ta dengan ABC
Mengira dan menyanyi
Ku rindu oh si bintang hati

Ayah pulang pukul 6 petang
Kau menanti dengan penuh riang
Redup mata memandang
Anakku ayah sudah pulang

Bila malam pun tak tahu letih
Suruh tidur dia buat tak reti
Ayah buka lagu nasyid
Kita nyanyi, zikir dalam hati

Oh bintang hatiku
Permata ibu
Sihat selalu

Lelapkan matamu
Siangkan bersinar
Kembali

Bila kau sudah dewasa nanti
Kami mungkin dah tiada lagi
Jadilah yang terbaik
Itulah doa dari kami

Tajuk: Doa Dari Kami
Artis: Bunyamin
Lagu & Lirik: Ahmad F
Susunan muzik: Oja
Pengedar: Nova Music (M) Sdn. Bhd.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!