Dewakan: 50 Restoran Terbaik Asia 2019!

50 Restoran Terbaik Asia 2019

Satu kejayaan yang cukup membanggakan apabila restoran dari Malaysia tersenarai sebagai ‘50 Restoran Terbaik Asia 2019‘.

Restoran Dewakan yang terletak di Shah Alam, Selangor ini berada pada kedudukan 46 pada majlis penganugerahan ’50 Restoran Terbaik Asia 2019’ yang berlangsung di Macau pada 26 Mac 2019.

Selain itu, restoran Dewakan ini juga dinobatkan sebagai ‘Restoran Terbaik Malaysia’.

50 Restoran Terbaik Asia 2019

Bagi mereka, setiap hidangan yang dihidangkan merupakan makanan dari Tuhan. Kerana itu, mereka menggabungkan dua perkataan iaitu ‘Dewa’ dan ‘Makan’ untuk dijadikan nama Dewakan.

Dewa + Makan = Dewakan

Demi menghargai setiap nikmat yang diberikan oleh Tuhan, mereka menggunakan semua sumber alam yang terdapat di laut, ladang, gunung dan hutan untuk dijadikan hidangan kepada pelanggan.

Tunggu apa lagi? Pergilah ke restoran Dewakan ini untuk mengetahui sendiri kenapa mereka disenaraikan sebagai 50 restoran terbaik Asia 2019.

Layari laman sesawang dewakan.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai restoran ini.

Lokasi:
KDU University College,
Utropolis Glenmarie Jalan Kontraktor U1/14,
Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor

Sumber gambar: Facebook @dewakanmy & dewakan.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!