Dapatkan tiket ‘WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition’ sekarang!

WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition

Wkndfest merupakan pengurus acara yang bakal memberikan impak kepada budaya industri muzik di Malaysia, bermula dengan acara pertama mereka pada September ini dengan WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition.

Diilhamkan oleh Khairul Anwar, Amirul Hafiz dan Shahrin Kamaruzaman; Wkndfest diadakan bertujuan untuk menghimpunkan pencinta muzik dari seluruh Malaysia dengan menikmati persembahan pentas secara langsung dari genre muzik yang berbeza setiap tahun.

Baca artikel: Doa Dari Kami – Bunyamin

Sebagai permulaan, mereka telah melancarkan tiga siri Wkndfest menjelang tahun 2020 dengan memberi tumpuan kepada muzik K-pop, hip-hop dan pop.

WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition

WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition yang bakal berlangsung di Axiata Arena pada 1 September 2019 ini bakal mempersembahkan 7 kumpulan Kpop yang berbeza.

Empat kumpulan yang telah disahkan untuk acara tersebut ialah iKON, (G)I-dle, Mamamoo dan Momoland.

Harga tiket untuk WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition dijual dengan harga bermula RM358 dan boleh dibeli melalui laman sesawang events.time.ly.

Layari laman sesawang wkndfest.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan acara WKNDFEST Vol. 1: Kpop Edition.

Sumber gambar: wkndfest.my

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!