Dapatkan burger percuma selama setahun di Carl’s Jr.

Burger percuma selama setahun di Carl's Jr.

Berita baik buat penggemar burger, terutamanya Carl’s Jr. kerana mereka akan memberikan baucar burger percuma selama setahun di cawangan terbaru mereka yang terletak di Subang Jaya pada 9 Mac 2019.

Hanya dengan menjadi 100 pelanggan terawal di cawangan terbaru mereka di Subang Jaya,  anda berhak untuk mendapatkan baucar tersebut.

Selain itu, Carl’s Jr. juga akan membuat promosi hebat untuk set ‘Western Combo’ pada harga RM10.80 sahaja (harga asal RM23.70), namun terhad kepada 100 set sahaja setiap hari untuk selama 3 hari.

Burger percuma selama setahun di Carl's Jr.

Jika anda mengambil gambar di Carl’s Jr. cawangan SS15 dan seterusnya muat naik gambar tersebut ke media sosial Facebook atau Instagram, anda mungkin berpeluang untuk menang set Lunch Box & mainan Stress-relief Burger. Tetapi anda harus membuat post paling kreatif dengan menggunakan hashtag #carlsjrmy #cjss15 untuk berpeluang memenanginya.

Burger percuma selama setahun di Carl's Jr.

Alamat Carl’s Jr. cawangan Subang Jaya
Carl’s Jr. SS15, SS15 Subang Jaya, No.2 Ground Floor, Jalan SS15/8B, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Rebut peluang anda pada 9 Mac 2019 untuk mendapatkan promosi tersebut!

Siapa cepat, dia dapat!

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!