Daging Singgang

Daging Singgang

Bahan-bahan:

  • Daging – 500 gram
  • Serai – 2 batang
  • Lengkuas – 2 cm
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Bawang merah – 5 ulas
  • Ketumbar – 1 genggam
  • Asam gelugur – 3 keping
  • Cili padi – 10 tangkai
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

Cara menyediakan:

  1. Hiris lengkuas, bawang putih dan bawang merah sehingga halus manakala serai diketuk dan ketumbar ditumbuk sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Rebus daging hingga mendidih.
  3. Masukkan lengkuas, bawang putih, bawang merah, serai, ketumbar, asam gelugur, cili padi, garam dan gula.
  4. Biarkan masak hingga daging empuk.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!