Daging Salai Masak Lemak

Daging Salai Masak Lemak

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang – 300 gram
  • Serai – 2 batang
  • Cili padi – 20 tangkai
  • Belimbing buluh – 3 biji
  • Kunyit hidup – ½ inci
  • Santan pekat – 2 cawan
  • Santan cair – 1 cawan
  • Daun kunyit – 1 helai
  • Garam – secukup rasa
  • Air – ½ cawan

Cara menyediakan:

  1. Salai daging sehingga cukup masak.
  2. Kisar cili api dan kunyit hidup sehingga halus.
  3. Masukkan bahan kisar bersama serai yang telah dititik.
  4. Masukkan daging yang telah siap disalai bersama air ke dalam periuk.
  5. Masak sehingga daging empuk.
  6. Masukkan santan cair, belimbing buluh dan daun kunyit.
  7. Biarkan sehingga mendidih.
  8. Masukkan santan pekat dan garam.
  9. Biarkan ia masak selama kira-kira 5 minit lagi.
  10. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!