Daging Masak Merah Ala Thai

Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahan:

  • Daging tanpa lemak – 450 gram
  • Cili giling Thai – 300 gram
  • Kacang panjang – 3 batang
  • Cili merah – 1 tangkai
  • Daun limau – 2 helai
  • Daun basil – 6 helai
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Gula – 1 sudu besar
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak masak sebelum memasukkan cili giling dan biarkan sehingga naik bau menggunakan api yang perlahan.
  2. Masukkan daging yang telah dihiris nipis bersama daun limau.
  3. Hiris kacang panjang dan cili merah sebelum dimasukkan sekali.
  4. Masukkan sos ikan dan gula sebelum dikacau semua bahan sehingga sebati.
  5. Masukkan daun basil ke dalam hidangan.
  6. Biarkan seketika sehingga masak.
  7. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!