Lagenda Press

No Guts, No Glory. No Legend, No Story.

Daging Masak Halia

Daging Masak Halia

Bahan-bahan:

  • Daging – 400 gram
  • Rempah 5 – 1 sudu besar
  • Serbuk lada hitam – 1 sudu besar
  • Kicap masin – ¼ cawan
  • Halia – 8 cm
  • Tepung jagung – 1 sudu besar
  • Daun bawang putih – 2 tangkai
  • Cuka – 2 sudu besar
  • Air – ¾ cawan

Baca artikel: Magis halia yang sangat mengagumkan terhadap kesihatan

Cara menyediakan:

  1. Gaul daging yang telah dipotong nipis bersama rempah lima, serbuk lada hitam dan kicap masin sehingga rata sebelum diperap selama 15 minit.
  2. Panaskan periuk sebelum memasukkan halia yang telah dimayang dan biarkan selama dua minit.
  3. Keluarkan halia sebelum memasukkan daging yang telah diperap tadi dan masak menggunakan suhu yang tinggi selama kira-kira 3 minit.
  4. Larutkan tepung jagung bersama ¾ cawan air sebelum dituangkan ke dalam daging.
  5. Masukkan daun bawang putih yang telah dikerat-kerat bersama cuka dan masak selama tiga minit lagi.
  6. Kacau perlahan-lahan sehingga daging masak sepenuhnya.
  7. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!