Daging Beriani

Daging Beriani

Bahan-bahan:

  • Daging – 1 kilogram
  • Halia – 100 gram
  • Bawang putih – 100 gram
  • Bawang merah – 200 gram
  • Rempah beriani – 50 gram
  • Cili merah – 20 gram
  • Cili hijau – 20 gram
  • Susu cair – ½ tin
  • Minyak sapi – ¼ tin
  • Stok ayam – 30 gram
  • Minyak masak – 300 gram
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang putih, bawang merah dan rempah beriani sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak sapi sehingga cair.
  3. Masukkan minyak masak, daging, susu cair, halia, stok ayam dan bahan kisar.
  4. Didihkan sehingga daging empuk.
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan cili hijau dan cili merah yang telah dipotong.
  7. Daging Beriani siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!