Cara mendapatkan harga tiket penerbangan terbaik

Tiket penerbangan

Sering anda melihat rakan-rakan melancong ke sana sini dengan kerap. Dalam hati, “banyaknya duit mereka”. Namun, ia tidak seperti apa yang anda fikirkan kerana tiket penerbangan yang mereka tempah murah sahaja. Patutlah…

Nak tahu cara terbaik untuk dapatkan harga tiket mengikut bajet anda? Ikuti tip di bawah;

1. Tempah tiket penerbangan pada hari Ahad untuk perjalanan hari Jumaat
Mulakan pencarian tiket penerbangan anda pada hari Ahad untuk membuat tempahan dan elakkan daripada membuat tempahan pada hari Jumaat. Manakala perjalanan pada hari Khamis atau Jumaat untuk penerbangan domestik atau antarabangsa adalah lebih murah. Gunakan enjin carian seperti Google Flights, Kayak dan Skyscanner untuk membandingkan harga tiket penerbangan.

Tiket penerbangan

2. Tiket dua hala
Tiket sehala tidak semestinya lebih murah. Ia kerana harga tiket pergi dan balik kebiasaannya akan mempunyai diskaun, maka harganya juga akan menjadi lebih murah berbanding tiket sehala.

3. Penerbangan sambungan
Penerbangan terus ada kalanya lebih mahal berbanding penerbangan sambungan. Bagaimanapun, penerbangan sambungan terutamanya yang menggunakan dua syarikat penerbangan yang berlainan mempunyai risiko sekiranya berlaku kelewatan dalam penerbangan pertama. Jarak masa yang lama antara dua penerbangan juga boleh membuatkan anda perlu berada lebih lama dan penat ketika menunggu di lapangan terbang. Nilaikan mana pilihan yang terbaik untuk diri anda.

4. Pilih bandar besar
Jika penerbangan itu menuju ke beberapa buah bandar di negara yang anda ingin kunjungi, pilih penerbangan ke bandar terbesarnya. Penumpang ke destinasi itu lebih ramai dan persaingan ini boleh menyebabkan harga tiket penerbangan ke sana lebih kompetitif.

Baca artikel: Periksa 10 perkara ini sebelum pergi bercuti

5. Penerbangan bajet
Syarikat penerbangan bajet biasanya menawarkan tiket yang lebih murah. Bagaimanapun ia tetap bergantung pada keperluan anda kerana ada kalanya membeli tiket dari syarikat penerbangan lain lebih menguntungkan. Ambil kira keperluan bagasi, makanan dalam penerbangan dan caj-caj lain ketika membuat pilihan.

6. Tiket dan penginapan sekali gus
Kini banyak syarikat penerbangan yang menawarkan pakej tiket penerbangan dan penginapan sekali gus dengan tawaran harga yang berbaloi. Melainkan anda sudah memiliki pilihan penginapan yang lebih murah serta bersesuaian dengan diri anda.

Tiket penerbangan

7. Kad diskaun
Sekiranya anda kerap melakukan perjalanan, anda mungkin mempunyai kad diskaun daripada syarikat penerbangan tersebut. Gunakan kad ini untuk mengurangkan kos perjalanan anda.

8. Jadual perjalanan fleksibel
Usah terlalu ‘strict’ dengan tarikh dan masa anda hendak berlepas. Fleksibel dalam hal ini untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik.

9. Daftar untuk notifikasi segera
Tawaran tiket promosi biasanya tamat dalam tempoh masa 24 jam. Daftarlah dengan syarikat penerbangan untuk mendapatkan notifikasi segera berkaitan sebarang promosi mereka.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!