Bubur Nasi

Bubur Nasi

Bahan-bahan:

  • Beras – 20 gram
  • Halia – ½ cm
  • Kacang – 5 gram
  • Ikan bilis – 5 gram
  • Telur masin – 1 biji
  • Bawang goreng – 3 gram
  • Daun bawang – gram
  • Minyak bijan – secukup rasa
  • Kicap soya – secukup rasa
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan asingkan ke tepi.
  2. Panaskan air di dalam periuk.
  3. Hiris halia sehingga halus sebelum dimasukkan ke dalam periuk.
  4. Masukkan beras yang telah dibasuh setelah air mendidih dan biarkan sehingga menjadi bubur.
  5. Masukkan bahan-bahan lain yang boleh memberi rasa seperti kacang, ikan bilis, telur masin, bawang goreng, daun bawang, minyak bijan dan kicap soya supaya bubur jadi lebih menyelerakan.
  6. Hidangan siap untuk dinikmati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!