Brokoli Masak Cendawan

Brokoli Masak Cendawan

Bahan-bahan:

  • Brokoli – 1 tangkai
  • Cendawan tin – 5 biji
  • Cendawan hitam – 3 biji
  • Bawang besar – 1 biji
  • Sos tiram – 2 sudu
  • Kicap manis – 1 sudu
  • Minyak bijan – ½ sudu
  • Minyak masak – secukupnya
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Bersihkan dan potong brokoli mengikut saiz yang dikehendaki.
  2. Rebus brokoli sehingga lembut sebelum diasingkan ke tepi.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum memasukkan cendawan tin, cendawan hitam dan bawang besar yang telah dihiris.
  4. Masukkan brokoli yang telah siap direbus tadi.
  5. Masukkan sos tiram, kicap manis dan minyak bijan.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Gaulkan semua bahan hingga sebati.
  8. Brokoli Masak Cendawan siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!