Bintang terbaik dunia menentang JDT

Bintang terbaik dunia menentang JDT

Berita baik buat peminat sukan bola sepak tempatan terutamanya penyokong pasukan Johor Darul Takzim kerana satu perlawanan amal ‘All-Star’ antara ‘Rest of the World XI’ & Pilihan JDT akan berlangsung di Larkin pada 30 Jun 2019.

Antara bintang dunia yang bakal beraksi pada perlawanan tersebut ialah Ronaldo, Rivaldo, Roberto Carlos, Claudio Caniggia, Marco Materazzi, Robert Pires, Gianluca Zambrotta, Louis Saha, Cafu, Claude, Javier Saviola, Florent Malouda, Eric Abidal dan Luis Figo.

Bintang terbaik dunia menentang JDT

Semua hasil kutipan daripada perlawanan tersebut akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Pertubuhan Pertolongan Wanita.

Selain menyaksikan perlawanan tersebut, anda juga berpeluang untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan barisan pemain bintang yang bakal berada di sana.

Maklumat lanjut mengenai perlawanan amal ini akan diumumkan menerusi halaman media sosial Johor Southern Tigers.

Twitter: @OfficialJohor
Instagram: @OfficialJohor

Sumber gambar: Twitter @OfficialJohor

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!