Bagaimana untuk menjadikan pakaian wangi?

Pakaian wangi

Pakaian yang telah dibasuh biasanya akan disimpan di dalam almari. Tetapi haruman dari sabun pencuci pasti akan hilang dan diserap oleh bau persekitaran dalam tempoh sehari sahaja.

Jadi bagaimana untuk menjadikan pakaian kekal wangi? Bagaimana untuk menjadikan almari pakaian juga berbau harum?

Berikut disenaraikan 4 kaedah untuk menjadikan pakaian wangi;

Penyegar udara
Jangan buang penyegar udara bilik atau kereta yang hampir habis. Walaupun ia sudah tidak memberi kesan yang banyak pada ruang yang besar, namun ia masih boleh memberikan kesan yang baik pada almari pakaian anda.


Minyak wangi (perfume)
Bukan sahaja bertindak untuk mewangikan badan. Semburkan sedikit minyak wangi ke dalam almari dan ia akan turut menjadikan pakaian anda wangi.


Potpourri
Simpan sedikit potpourri yang telah dibungkus dengan tisu ke dalam almari dan ia akan memberikan kesan wangi selama berbulan-bulan.


Daun pandan
Bahan yang paling murah dan mudah didapati. Carik daun pandan sehingga halus sebelum diletakkan ke dalam almari seperti potpourri.

Baca artikel: Hapuskan masalah mulut berbau yang memalukan

Sila layari laman sesawang rakan digital kami iaitu sajilibur.com dan xmastika.my.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!