Bagaimana untuk elak penyeluk saku ketika bercuti?

Elak penyeluk saku ketika bercuti

Pernahkah anda menjadi mangsa jenayah penyeluk saku atau ragut? Perkara ini boleh menjadi masalah yang amat besar jika dompet kita yang menjadi sasaran penyeluk saku kerana kebiasaannya ia mengandungi banyak dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank.

Masalah menjadi mangsa jenayah kepada penyeluk saku ini boleh menjadi lebih rumit jika ia berlaku ketika anda sedang berada di negara asing.

Berikut disenaraikan 8 perkara yang anda perlu tahu untuk elak penyeluk saku ketika bercuti;

  1. Ketahui zon jenayah
    Pusat tumpuan pelancong seperti lapangan terbang, stesen keretapi dan pusat membeli belah akan turut menjadi tumpuan penjenayah. Anda harus sentiasa berhati-hati ketika berada di zon jenayah.
  2. Teknik penjenayah
    Mengetahui teknik penjenayah akan menjadikan anda lebih mudah untuk berhati-hati dengan ancaman jenayah tersebut. Penyeluk saku biasanya akan cuba mengalihkan perhatian anda ketika melakukan jenayah tersebut dan akan cuba untuk melepaskan diri melalui tempat yang memiliki banyak laluan keluar dan dipenuhi oleh orang ramai.
  3. Penyeluk saku sukar untuk dikenal pasti
    Penjenayah ini boleh tampil dengan penampilan yang pelbagai. Orang yang berperwatakan menarik dan berpakaian kemas juga ada yang terlibat dengan jenayah. Seperti kata pepatah Inggeris, “Don’t judge a book by its cover“.
  4. Jangan leka
    Penyeluk saku sentiasa sabar menunggu mangsanya untuk menjadi leka. Akibat kelekaan anda itu boleh menimbulkan peluang untuk anda menjadi mangsa jenayah.
  5. Barang berharga
    Jangan bawa barang berharga yang banyak dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang besar jika menjadi mangsa jenayah.
  6. Perwatakan seperti pelancong
    Menampilkan perwatakan seperti pelancong pasti menarik perhatian penyeluk saku. Elakkan memakai pakaian seperti ‘I Love NY‘ dan sebagainya yang menampilkan ciri-ciri pelancong.
  7. Jangan menunjuk
    Menunjukkan kemewahan seperti mengeluarkan duit dengan banyak ketika membayar, memakai jam tangan berjenama atau gelang tangan yang mahal akan menjadikan anda sebagai sasaran yang berbaloi oleh penjenayah.
  8. Zip dan kunci beg
    Menguatkan ciri keselematan terhadap barangan anda pasti akan menyukarkan penyeluk saku untuk melakukan jenayah mereka. Kerana itu kita perlu meletakkan semua barangan berharga di tempat yang sukar untuk dicapai.

Baca artikel: 7 tip bercuti secara berkumpulan

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!