Bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya?

Bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya

Setiap orang pasti mahukan kejayaan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ia juga termasuk berjaya di dalam pekerjaan yang dilakukan.

Tetapi tidak ramai yang tahu apakah yang perlu dilakukan untuk mengecapi kejayaan dalam pekerjaan.

Berikut disenaraikan cara bagaimana untuk berjaya dalam kerjaya;

1. Siapkan kerja
Ia merupakan perkara paling asas untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya. Selain mematuhi arahan dari ketua, anda juga dapat memahirkan diri dalam perkara berkaitan kerja yang dilakukan.

2. Perancangan masa hadapan
Anda harus menetapkan di mana anda patut berada pada masa 5 dan 10 tahun akan datang. Dengan cara ini, anda boleh mempersiapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk kedudukan anda pada masa hadapan.

3. Bersuara
Ramai yang takut untuk bersuara dan memberikan pendapat kepada bos, dan akhirnya perkembangan karier akan menjadi sangat perlahan. Selain itu, anda juga harus berani berhadapan dengan ketua untuk memberitahu cita-cita anda dalam kerjaya.

4. Pengalaman
Jangan takut untuk melakukan perubahan. Bertukar ke jabatan yang berbeza pasti memberikan anda pengalaman baharu seperti bertukar dari jabatan kewangan ke jabatan operasi atau sebagainya. Ia mungkin dapat membantu anda untuk lebih memahami perjalanan sesebuah syarikat.

5. Mengampu
Ramai yang berjaya untuk mengembangkan kerjaya masing-masing dengan cara mengampu. Tetapi ia bukanlah perkara yang baik untuk masa hadapan syarikat terutamanya jika anda tidak mahir untuk membuat kerja. Malah perkara ini juga mungkin akan menjadikan anda antara orang paling dibenci dalam sesebuah syarikat.

Baca artikel: Tiru amalan yang sering dilakukan jutawan jika mahu berjaya

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!