Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan:

  • Ayam – 1 kilogram
  • Sos cili – 100 gram
  • Sos tomato – 100 gram
  • Tomato puri – 150 gram
  • Halia – 100 gram
  • Bawang merah – 150 gram
  • Bawang putih – 100 gram
  • Susu cair – ½ tin
  • Garam – 10 gram
  • Gula – 100 gram
  • Stok ayam – 20 gram
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Potong ayam mengikut saiz yang dikehendaki dan goreng sehingga masak.
  2. Hiris halia, bawang merah dan bawang sehingga halus.
  3. Tumis bahan hirisan sehingga warna keemasan.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri.
  5. Teruskan menumis sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan susu cair dan kacau sehingga kuah menjadi pekat.
  7. Masukkan garam, gula dan stok ayam.
  8. Masukkan ayam yang telah siap digoreng dan gaul hingga sebati dengan kuah.
  9. Siap untuk dihidangkan.

Baca artikel: Sihatkan jantung dengan memakan cili

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!