Ayam Goreng Pedas

Ayam Goreng Pedas

Bahan-bahan:

  • Isi ayam – 500 gram
  • Kacang panjang – 200 gram
  • Daun selasih – 1 tangkai
  • Lada hitam – 5 tangkai
  • Daun limau purut – 5 helai
  • Minyak masak – 2 sudu besar
  • Santan – 2 sudu besar
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Cili padi – 10 tangkai
  • Lengkuas – 3 hiris
  • Belacan – 1 sudu teh
  • Garam – 1 sudu teh
  • Gula – 1 sudu teh
  • Kunyit hidup – 1 inci
  • Sos ikan – 1 sudu besar
  • Air – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Gaulkan isi ayam bersama kunyit hidup yang telah ditumbuk halus sebelum diasingkan ke tepi.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menumis belacan, bawang putih, cili padi dan lengkuas yang telah dihiris nipis sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam yang telah digaulkan dengan kunyit tadi.
  4. Potong kacang panjang mengikut saiz yang dikehendaki sebelum dimasukkan ke dalam kuali bersama sedikit air.
  5. Masukkan santan, sos ikan, gula dan garam.
  6. Kacau semua bahan sehingga sebati dan biarkan sehingga masak.
  7. Masukkan daun limau purut yang telah dihiris nipis bersama daun selasih dan lada hitam.
  8. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!