Ayam Boxing

Ayam Boxing

Bahan-bahan:

  • Kepak ayam – 3 ketul
  • Serbuk roti (bread crumb) – 50 gram
  • Garam – 1 sudu kecil
  • Stok ayam – satu sudu kecil
  • Lada hitam – ¼ sudu kecil
  • Lada putih – ¼ sudu kecil
  • Telur – 1 biji
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Potong kepak ayam kepada dua bahagian.
  2. Tarik isinya hingga ke hujung dan kepalkan menjadi bebola.
  3. Gaulkan kepak ayam bersama garam, stok ayam, lada hitam, lada putih dan telur.
  4. Perap selama 15 minit.
  5. Kepalkan kepak ayam bersama serbuk roti sehingga padat.
  6. Panaskan minyak masak di dalam kuali sebelum menggoreng kepak ayam sehingga kuning keemasan.
  7. Toskan kepak ayam dan hidang.
  8. Hidangan Ayam Boxing siap untuk dinikmati.

Baca artikel: 10 makanan ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!