ASEAN International Film Festival & Awards (AIFFA) 2019 raikan filem terbaik ASEAN

AIFFA 2019

ASEAN International Film Festival & Awards atau dikenali sebagai AIFFA kembali lagi untuk edisi kali keempat, dan bakal berlangsung di Kuching, Sarawak bermula 25 April 2019 sehingga 27 April 2019.

Festival filem yang bertaraf antarabangsa ini diadakan untuk meraikan filem terbaik dari rantau Asia Tenggara.

Antara aktiviti menarik yang dinantikan oleh penggiat filem dan peminat, semestinya tayangan filem AIFFA secara maraton dan ‘Malam Gala Karpet Merah’.

Jackie Chan, Donnie Yen, Michelle Yeoh, Nora Aunor dan ramai lagi selebriti popular pernah turut terlibat memeriahkan AIFFA pada tahun-tahun sebelum ini.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk merasakan sendiri kemeriahan AIFFA 2019 yang bakal berlangsung selama 3 hari nanti.

Layari laman sesawang AIFFA2019.com untuk maklumat lanjut berkaitan festival filem ini.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!