Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Tetel

Bahan-bahan:

  • Daging – ½ kg
  • Cili kering – 20 tangkai
  • Bawang besar – 2 labu
  • Bawang putih – 5 ulas
  • Halia – 2 inci
  • Kunyit hidup – 1 inci
  • Jintan manis – 1 sudu kecil
  • Ketumbar – 1 sudu kecil
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 2 ulas
  • Kulit kayu manis – secukupnya
  • Bunga lawang – secukupnya
  • Cengkih – secukupnya
  • Air asam jawa – secukupnya
  • Daun limau purut – secukupnya
  • Garam – secukup rasa

Cara menyediakan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar yang telah dikisar.
  3. Biarkan seketika sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan biarkan sehingga pecah minyak semula.
  5. Masukkan air asam jawa dan daun limau purut.
  6. Biarkan seketika sehingga mendidih.
  7. Masukkan garam dan biarkan mendidih sehingga daging empuk.
  8. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!