Asam Pedas Jenahak

Asam Pedas Jenahak

Bahan-bahan:

  • Ikan jenahak – 2 potong
  • Bawang merah – 2 ulas
  • Bawang putih – 1 ulas
  • Belacan – secukupnya
  • Cili kering – 22 tangkai
  • Kunyit hidup – 2 inci
  • Serai – 1 batang
  • Air asam – 1 mangkuk
  • Asam gelugur – 1 keping
  • Daun kesom – 5 tangkai
  • Bunga kantan – 1 kuntum
  • Tomato – 2 biji
  • Bendi – 2 batang
  • Garam – secukup rasa
  • Gula – secukup rasa
  • Minyak masak – secukupnya

Cara menyediakan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering dan kunyit hidup sehingga halus.
  2. Panaskan minyak sebelum menumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
  3. Masukkan serai yang telah dititik bersama daun kesom, asam gelugur dan ikan jenahak.
  4. Kacau semua bahan hingga sebati.
  5. Masukkan air asam, garam serta gula dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan bunga kantan, bendi dan tomato yang telah dibelah sebelum dibiarkan seketika.
  7. Siap untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
lagendapress.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!